Ekspedisi Pangkor! JOM!

Salam Semua. Insyaallah kali ini Halo-Gen6 menganjurkan sekali lagi jaulah. Tetapi kali ini lebih menarik kerana diadakan di PULAU PANGKOR. Syarat-syarat utama adalah semestinya seorang alumni Al-Amin Kemaman. Umur terbuka. Kalau ada abang-kakak yang berumur 24 pun still boleh join. Macam mana? Mudah sahaja. Sila emailkan Nama Penuh dan IC ke halogensix@yahoo.com. Sebarang pertanyaan bolehlah dibuat menerusi email.

Khilaf???

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi Wabarokatuh,

Khilaf sejauh mana rasionalnya? Jom koreksi diri kita.

Akhi dan ukhti yang semoga Allah rahmati sekalian,

Hidup kita ini memang tidak lari dari berselisih pendapat. Rasional x? Sungguhpun begitu tidak sepatutnya dalam kalangan dai’e berusaha untuk memenangkan diri atau mengasingkan diri hanya disebabkan berselisih pendapat. Allah subhanahu wata’ala telah berfirman “wa’tasimu bihablillahi jami’au Wala TAFARRAQU”.  Dapat kita fahami dalam ayat ini bahawa Allah subhanahu wata’ala memberi kata perintah kepada kita supaya sentiasa berpegang pada tali Allah dan tidak berpecah belah. Lalu apakah yang disebut sebagai tali Allah tersebut? Allah menyambung pula hal ini dalam surah Annisa’  Jika kamu berselisih pendapat maka kembalikanlah kepada Allah (Al-Qur’an) dan Rasul-Nya (Sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian, yang demikian itu lebih utama dan lebih baik kesudahannya.” Walaupun ada pendapat ulama’ mengatakan bahawa ayat ini berkisar tentang perbezaan pendapat dalam hukum, namun kita boleh mengambil ibrah dengan cara merujuk kembali AlQuran dan Sirah Nabi Allah Muhammad. Memanglah kadang-kadang  dalam Halo-Gen6, kita berbeza pendapat tentang sesuatu perkara yang tidak terdapat dalil yang khas dalam Al-Quran, tetapi kita boleh mengambil sikap Rasullullah yang diceritakan dalam sirah ketika mendepani sesuatu keadaan.  

             

Ikhwah Akhawat sekalian, ana tertarik dengan potongan surah arrum dimana Allah melarang orang islam menjadi seperti orang musyrik dimana mereka mencerai-beraika agama mereka dan hidup berpuak -puak dan bangga dengan puak masing-masing (“Janganlah kamu seperti orang-orang yang musyrik, yaitu mereka mencerai-beraikan agamanya dan bergolong-golongan. Dan setiap golongan berbangga dengan apa yang ada pada golongan mereka.”). Na’uzubillahimin zalik. Hidup seorang dai’e yang berselisih pendapat lalu membawa haluannya sendiri merupakan suatu fitnah yang sangat berbahaya kepada dia dan jamaah. Ya Allah jangan lah engkau menjadikan kami sepertimana yang engkau sebutkan dalam sabdamu. Ameen ya Robbal ‘Alamiin.  

Hiasan semata-mata

   Akhir sekali ana ingin sekali berkongsi info dari blog  saidinhasnam.blogspot.com dimana beliau menulis:

Tiada istilah MERAJUK dalam usaha dakwah, apatah lagi cepat berputus asa, dan lemah semangat. Jangan kita menjadi umat yang tergesa-gesa, yang terlalu cepat mengalah dan terlalu menginginkan kemenangan.

Keperitan yang dilalui para sahabat di zaman Rasullullah begitu dahsyat sehingga ada sahabat yang mengeluh pada Nabi SAW. Namun Nabi SAW menjawab bahawa apa yang dialami pada zaman Nabi Musa lebih dahsyat dari itu, melainkan SABAR yang menjadi kekuatan mereka akhirnya. Allah menguji manusia sejauh mana kita yakin dengan Allah bahawa kemenangan itu adalah sesuatu yang pasti.

Akhirul kalam ana memohon ampun dan maaf kepada Allah s.w.t  jika terdapat isi kandungan ini yang kurang bertepatan dengan apa yang Allah benarkan. Semoga sama-sama kita muhasabah diri kita balik. sesungguhnya ketika kita merasa diri kita perfect berbanding orang lain maka pada waktu itu bahaya kerana Syaitan telah berjaya membisik dan merasuk pemikiran kita. Na’uzubillahiminassyathonirrajim Ameen Ya Robbal ‘Alamin.

 

Laporan Kem Solat

Alhamdulillah. Akhirnya Kem Solat yang begitu perit ujian untuk kita laksanakan akhirnya tetap dijayakan. Halogen6 mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas serta ribuan terima kasih buat para fesi dan ajk yang berada di sebalik tabir.

Sebenarnya kejayaan program ini adalah berjayanya mereka dalam bertungkus lumus berkerja tanpa mengira siang atau malam.

Jom lihat sedikit bingkisan gambar kem ini!

Inilah adik-adik kami. Best!

Inilah adik-adik kami. Best!

     Slot Permulaan program

Makan2

Amali 3 Jam!^_^

Ingat Allah!

Allah...Subhanallah....

Allahu ghayatuna!

Rasmi!

Alhamdulillah. Sudah lama yang ternanti-nanti blog rasmi kita. Asif tidak menggunakan domain yang berbayar. Apa-apa pun, tujuan masih sama. Sebarkan yang hak! Insyaallah. Jom!